Monday, 30 January 2023

New Story 2023

Bismillahirahmanirrahim. A new story of 2023 maybe? Alright let's start this episode. 25 haribulan dua belas merupakan detik yang aku turut menumpang bahagia. Nurul Aleena Ilya si kecil yang asyik menangis setelah dilahirkan. Walaupun secara tingkap, Allah sahaja yang tahu betapa berdebar hati ni. Menunggu khabar berita dari seorang kakak tentang melahirkan puterinya. Jujur aku gembira dengar khabar tentang kehadiran si puteri dari dalam perut lagi. Masih teringat masa akak "spill the tea" dekat Senibong akan berita kehadiran puteri dalam kandungannya. Aku senyum tak sudah sepanjang malam. Selepas kehadiran si puteri, seolah rasa seperti tanggungjawab untuk menyediakan selengkapnya buatnya. Kalau boleh setiap hari nak melihat si puteri dibuai lena. Nurul Aleena Ilya yang awalnya aku fikir menjadi pilihan akak kerana "Lina" merupakan nama arwah mama yang tak pernah haus dalam ingatan kami. Rupanya Aleena merupakan nama yang dipilih ayahnya sendiri. Semoga membesar menjadi seorang yang sebaik-baik manusia. Semoga Nurul Aleena menjadi satu kebahagiaan untuk akak sampai bila-bila. 

Walaupun dalam bulan dua belas aku telah di'reject' oleh sebuah medical industry, Alhamdulillah awal tahun 2023 aku telah dilamar 3 company yang membuat aku pening untuk membuat keputusan. Mungkin juga rezeki Aleena yang disampai Allah melalui aku. Tersekat di tengah tiga persimpangan membuatkan aku tak tenang memikirkan keputusan. Setiap company mempunyai kelebihan tersendiri. Jujur sehingga kini aku masih mempunyai ragu-ragu untuk membuat keputusan. Sering berasa "apakah ini keputusan yang tepat?" di dalam hati. Ya Allah, doronglah aku membuat keputusan yang paling waras dan perlu pada kehendakMu. Kalau arwah mama masih ada sudah tentu keputusan mama menjadi keutamaan abang sekarang. Entah yang mana satu pon tak tahu. Haritu sempat abang solat di Masjid Sultan Abu Bakar belakang hospital Sultanah Aminah. Sedikit sebanyak rasa terubat rindu kenangan-kenangan semasa di hospital dulu. Macam-macam jadi dan tak pernah satu abang cuba lupakan. Dah lama tak ziarah mama kat Pasak. Abang doakan mama tenang di sana dan abang harap mama bangga dengan apa yang abang ada sekarang. I love you mama. Forever <3