Monday, 30 January 2023

New Story 2023

Bismillahirahmanirrahim. A new story of 2023 maybe? Alright let's start this episode. 25 haribulan dua belas merupakan detik yang aku turut menumpang bahagia. Nurul Aleena Ilya si kecil yang asyik menangis setelah dilahirkan. Walaupun secara tingkap, Allah sahaja yang tahu betapa berdebar hati ni. Menunggu khabar berita dari seorang kakak tentang melahirkan puterinya. Jujur aku gembira dengar khabar tentang kehadiran si puteri dari dalam perut lagi. Masih teringat masa akak "spill the tea" dekat Senibong akan berita kehadiran puteri dalam kandungannya. Aku senyum tak sudah sepanjang malam. Selepas kehadiran si puteri, seolah rasa seperti tanggungjawab untuk menyediakan selengkapnya buatnya. Kalau boleh setiap hari nak melihat si puteri dibuai lena. Nurul Aleena Ilya yang awalnya aku fikir menjadi pilihan akak kerana "Lina" merupakan nama arwah mama yang tak pernah haus dalam ingatan kami. Rupanya Aleena merupakan nama yang dipilih ayahnya sendiri. Semoga membesar menjadi seorang yang sebaik-baik manusia. Semoga Nurul Aleena menjadi satu kebahagiaan untuk akak sampai bila-bila. 

Walaupun dalam bulan dua belas aku telah di'reject' oleh sebuah medical industry, Alhamdulillah awal tahun 2023 aku telah dilamar 3 company yang membuat aku pening untuk membuat keputusan. Mungkin juga rezeki Aleena yang disampai Allah melalui aku. Tersekat di tengah tiga persimpangan membuatkan aku tak tenang memikirkan keputusan. Setiap company mempunyai kelebihan tersendiri. Jujur sehingga kini aku masih mempunyai ragu-ragu untuk membuat keputusan. Sering berasa "apakah ini keputusan yang tepat?" di dalam hati. Ya Allah, doronglah aku membuat keputusan yang paling waras dan perlu pada kehendakMu. Kalau arwah mama masih ada sudah tentu keputusan mama menjadi keutamaan abang sekarang. Entah yang mana satu pon tak tahu. Haritu sempat abang solat di Masjid Sultan Abu Bakar belakang hospital Sultanah Aminah. Sedikit sebanyak rasa terubat rindu kenangan-kenangan semasa di hospital dulu. Macam-macam jadi dan tak pernah satu abang cuba lupakan. Dah lama tak ziarah mama kat Pasak. Abang doakan mama tenang di sana dan abang harap mama bangga dengan apa yang abang ada sekarang. I love you mama. Forever <3

Sunday, 25 December 2016

Kepastian

Assalamualaikum . Alhamdulillah dikurniakan nafas untuk meneruskan hidup di dunia tumpangan Allah ini . Dugaan merupakan topik kali ini . Aku manusia biasa , yang juga menerima dugaan dan cabaran dari Allah S.W.T . Walau diuji dari kanan , kiri , depan belakang , atas dan bawah . Alhamdulillah . Sehingga hari ini , aku masih beriman kepada mu ya Rabb . Namun tahap keimanan seseorang sentiasa naik dan turun . Itulah manusia . Tidak seperti para nabi dan rasul . Tahap keimanan mereka akan semakin meningkat namun tidak menurun . Wahai pembaca yang membaca *jika ada . Aku kini sedar bahawa setiap permulaan pasti ada pengakhiran . Seperti sebuah cerita di tv . Scene akhir merupakan scene yang paling menyedihkan dan penuh penantian . Atau orang kata klimaks . Namun , bagi aku dalam diri manusia ada banyak kali scene KLIMAKS . Kerana hidup di dunia penuh naik dan turun . Tipu jika hidup seseorang itu sentiasa di atas , kemudiaan hanya turun dan tidak naik . Tipu jika hidup seseorang itu sentiasa di bawah , kemudiaan hanya naik dan tidak turun . Sedangkan ekonomi pun ada naik turunnya . Mungkin perasaan sedih itu hadir apabila kita terlalu sayang kan sesuatu . Sehingga kita lupa bahawa di dunia ini semuanya milik Allah S.W.T sahaja . Sehingga kita lupa bahawa kita hanya peminjam di dunia sejak lahir hingga ke pemergian kita .
Aku hamba Allah yang juga pernah diuji . Nak dikatakan aku mungkin tidak pernah bersyukur dengan kurniaan kaki . Sehingga suatu hari nikmat kaki itu di tarik seketika . Aku baru sedar , selama aku hidup aku tidak pernah terfikir jika nikmat kaki itu di tarik , malah aku juga tidak pernah terfikir bahawa kaki itu suatu nikmat daripada Allah . Ya Allah , egonya aku saat itu , sombong nya aku saaat itu . Nasiblah hanya antara aku dan kau , Ya Allah . Nikmat aku ditarik sehingga hampir setahun aku tidak berjalan . Tipulah tiada perasaan kecewa , atau sakit hati . Aku manusia biasa , pernah rasa sebegitu juga . Namun pada saat itu aku sedar , Allah sediakan hikmah yang banyak disebalik itu . Aku sedar diri aku siapa . Aku kenal taraf diri aku siapa . Dan aku sedar keadaan diri aku siapa . Semuanya antara aku dengan Allah . Alhamdulillah , kau sedarkan aku ya Allah . Dalam doa aku , aku paling takut jika Allah tarik hidayah dan nikmat Islam dan Iman . Ya Allah , saat itu aku tak boleh bayangkan . bagaimana hidup aku tanpa panduan Islam . bagaimana cara hidup aku tanpa iman . Aku juga sedar , apabila garis sempadan semakin pudar , kita akan tunjukkan sikap kita yang sebenar . Seperti iman , jika iman kita telah pudar nescaya kita akan tunjuk sikap ego kita , sikap panas baran kita , sikap tamak kita , sikap buruk kita . Maksud aku , tanpa Islam semua yang buruk akan terbukti .
Sebelum aku mengundur diri , aku berharap agar pembaca *jika ada , teruslah tawadhuk kepada Allah . Dan jika suatu masa kita berjumpa saat aku bukan di jalan Allah *akuHarapTak , bimbinglah aku pulang . Pimpin tangan aku pulang . Heret aku pulang . Ke satu jalaan yang betul , benar dan pasti iaitu jalan Islam . Jalan Allah S.W.T. Terima kasih . Assalamualaikum .

Wednesday, 23 November 2016

MENOVERUSM

hey guys !!!  ASSALAMUALAIKUM ... and selamat sejahtera *coz aq pon tak tahu whenever u'll read this . well actually first title on my mind was "graduated year" ! tapi bila fikir balik , i should try something that can atract people to read la sangat ! hahahaha . #takbatak . based on title "MENOVERUSM" atau kadang-kadang panggil menov , kadang-kadang panggil "MOU" terdiri daripada kami seramai 12 orang . nak intro seorang demi seorang ke camane ? takyah la . sebut nama pon okay right ? okay ikut senarai nama la an . first of course AHMAD SYUKRI , ALI SAMSUDDIN , AMIRRUL RAZIQ , AMMAR HAZIQ , KELVIN AQIL , REDZUAN , ZAINUL HAQIM , ZUHAIRI , ZAKI , ALIFF HARITH , FAZERIN dan AFHAM .
 OKAY , so kita start . mengenali menov is not a thought problem . dengan perangai every person . hahahaha . every single moment yang kita buat sesama . kadang-kadang pelik gak dengan menov ni . macam-macam perangai ada . masing-masing ada peranan masing-masing . orang kata "PERBEZAAN BUKAN SEMPADAN , MALAH PENGHUBUNG" .actually group ni wujud masa hari raya2016 kot . who is aq yang created . masa tu tujuan asal nak bagi gambar je . pastu terus kekal group tu sampai sekarang . macam-macam la kalau baca dalam tu . walapun dalam group tu bukan dah lama kenal , tapi boleh selesa hidup dengan dieorang . which is kita boleh jadi diri sendiri . dengan orang lain bukan TAK BOLEH , tapi kena BEHAVE sikit . huhuuuhuhu .
berkenalan dengan mereka pon bukannya lama . kalau aku kenal baru dua tahun . KENAL la . tapi sekolah setahun setengah je . siapa yang mengikuti kisah hidup aku *acah-acah artis uolss* mestti tahu sebab apa aku sekolah 1tahun setengah . tapi semuanya bermula tahun ini . bila semua dah berubah . antara kita tidak berpuak . semua sama . komsep kesamarataan . bukan KOD UNDANG-UNDANG HAMURABI , yang amalkan hukuman mengikut taraf hidup . tak- tak , bukan !
nak cerita part memori tak ? sikit lah , sikit je . first event yang kita buat sama-sama rasanya masa pergi MAWAI tak silap . masa tu peperiksaan percubaan SPM rasanya . lepas habis semua paper penting , kita orang ada 3 hari tiada paper . pastu paper pjk ngn sivik . kira sebenarnya dah merdeka sekejap la . so nak jadikan cerita , kita orang pon plan la cuti pertama tu kita orang pergi MAWAI . kat situ ada tempat mandi kolam . padahal tempatnya biasa-biasa sahaja . tapi nak buat macam mana , nak berseronok . part rakam videonya . part bog** nye . macam-macam doing things togather . lepas itu balik la . pergi balik naik motor .
pastu masuk cuti kedua , apa lagi tak ckup menov ? dah penat berenang semalamnya , hari itu pergi main badminton pula . main kol 2 sampai pukul 5 petang juga la . orang lain dah balik dah . tapi kau selamba dek je . hari ketiga tiada lagi cuti . sebab tiga hari ponteng berturut-turut boleh kene gantung . so hari ketiga datang macam biasa .
eah kejap , kita drag semula masa ke belakang . masa raya puasa tak silap . kita pergi karaoke sama-sama . masa itu semua ada . ke12-12 orang tu dalam bilik vip . tiga mic share-share . main 2 jam . peh memang puas la . semua nyanyi . tiada terkecuali . daripada mic boleh guna , sampai ada yang rosak-rosak la . hahahahaha . seronok la dengan dieorang  .
masa HARI GRADUASI pun ada cerita juga . sorry geng video belum siap . lepas sahaja graduasi , taknal mengalah . pergi somewhere else . utntuk photoshoot la gitu . last-last AMMAR ngn ALIP tak nak ikut . tapi last year an . pastu pegi la kat bangunan lama-lama . amik gamba . actally masa tu bukan menov je la . menov feat pasak juga . hahahaha . apa-apa je plan .
so berdasarkan apa yang aku tahu , lepas ni bukan lagi macam sebelum ni . hari-hari jumpa kat sekolah . al maklumlah , sekolah 6 hari seminggu . lepas ni kurang dah bergurau . hahahaha . aku cuma boleh doakan masing-masing berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat . in syaa Allah . jangan pernah berputus asa . terima kasih menjadi teman saat susah . KEKASIH saat senang . HAHAHAHAHAHAHA . terima kasih pinjamkan kenangan buat setahun ini . in shaa Allah kita akan kekal berhubung . aku minta maaf kalau ada salah silap sepanjang pengenalan kita . terima kasih . menov:faz

Monday, 21 September 2015

GERIMIS MENGUNDANG

" Kusangkakan panas berpanjangan , rupanya gerimis mengundang . " Begitulah hikayat seribu satu cerita yang akan dialami oleh semua orang . Pernah kau terfikir tentang seorang anak yang mengejar ayahnya semasa ke tempat kerja ? Pernah kau terfikir tentang seorang anak yang bangun pagi pasti kan melihat dirumahnya samada ayahnya sudah pulang ? Itulah hakikatnya seorang anak yang asasnya memikirkan soal tanggungjawab dan bukan pilihan . Aku anak kedua selaku anak lelaki pertama dalam keluarga . Saat ayah ke kantor atau tempat kerjanya , aku suka bertindak sendiri seolah ketua . Memang cita citaku ingin menjadi seorang Perdana Menteri . Cuma apa yang aku risaukan ialah riak . Aku mahu bahagia seperti orang lain bahagia . Dan setelah aku bahagia , aku pun ingin melihat rakyatku bahagia sepertiku . Atau mungkin mereka lebih bahagia . Kerana pada aku , melihat orang bahagia merupakan satu titik kebahagian kepada aku .
   Jauh aku mengelamun melupakan jalan cerita sebenar dalam segmen kali ini . Semenjak awal tahun 2015 , aku mulakan sesi persekolahan di tempat yang baru . Tempat aku dilahirkan , namun bukan tempat aku dibesarkan . Tapi aku percaya bahawa aku mapu menjadi sebahagian cebisan anak Johor , Dan alhamdulillah kehadiranku di sekolah baru itu disambut baik . Walaupun ada segelintir yang kurang selesa . Untuk pengetahuan pembaca , kehidupan ketika itu berbeza dengan keadaan sekarang . Masa itu , aku akan mengambil adik-adikku pulang dari sekolah . Dengan pelbagai cara sekalipun . Aku yakin aku mapu . Sebab itu aku lakukan . Setiap petang hingga ke malam aku akan habiskan masa bersama dua orang adik manja ku yang memang tak lekang dariku . Bawa mereka pergi makan , hantar ke tempat mengaji dan macam macam lagi .Di hujung minggu jika ayah dan akak tiada dirumah , aku akan masak untuk tengahari . Kebiasaannya aku akan beli bahan untuk masak spagheti . Itulah masakan yang paling mudah dan disukai adik-adikku . Mereka juri , mereka perasa , mereka inspirasi buatku . Aku bahagia walau kekadang teringatkan arwah mama di sana . Memang tipulah jika dikatakan tiada pergaduhan . Astaghfirullahalazim , memang macam-macam kami bergaduh . Tapi pepatah berbunyi kami ini ibarat "air yang dicincang tidak akan putus" . Kami saling memerlukan antara satu sama lain .
    Tiba-tiba pada tahun yang sama , aku diuji sekali lagi . Aku terlibat dalam kemalangan kecil yang mengakibatkan kecedaran pada kedua-dua kaki aku . Mulanya aku terima dengan keadaan tenang . Walau ketika terlantar dihospital , aku sering memikirkan adik-adik kesayanganku di rumah . Sampaikan air mataku ingin meleleh saat adikku datang melawatku di hospital . Aku terasa malu , mengapa aku yang LEMAH . Sedangkan aku lebih dewasa berbanding mereka . Itulah yang kita buta . Walau mereka muda , kadang-kadang mereka lagi kuat dari kita . Dan kini aku hanya duduk di atas kerusi roda . Menanti masa untuk berjumpa doktor . Melihat mereka ke sekolah di waktu pagi , memberi aku inspirasi . Penyumbang gelak ketawa bersama akak tercinta . Melihat mereka bahagia , aku juga bahagia . Aku sentiasa mengharap dan berdoa bahawa arwah mama juga turut bahagia . Walau tiada disis kami , doa kami tetap untuk mama kami yang pertama dan terakhir . Teringat waktu aku solat asar pada 30 september 2014 , aku tiba-tiba terkedu apabila ingin berdoa . Secara sekelip mata , doaku kini berubah . Jika dulunya mohon untuk mama disembuhkan . Dan sejak saat itu hingga bila-bila , Aku mohon semoga ampuni dosa mama dan bahagiakan dia disana . Aku juga pernah berdoa agar aku dipertemukan dengan mama walaupun dalam mimpi . In Shaa Allah kami kuat untuk mama selamanya .
           Assalamualikum w.b.t.

Tuesday, 15 September 2015

BIARKAN ANGIN BERTIUP

" Mak , apabenda yang berasap tu ? Mak masak kuih ea ? " soalku sambil mengejutkan tok wan di dapur .Sedang itu aku turun ke dapur dengan kerusi roda kesayangan ku . Aku dengan lagaknya terus ke tempat buat air . " Nak buat air ke bang ? ' soal bak dengan tiba-tiba . aku menganggukkan kepala tanda setuju . Lantas Bak terus mengambil cawan dan sudu dan terus memberikan kepada aku . Aku masih punyai kudrat tangan yang masih mampu mebuat air . Biasalah , aku ni banyak songeh nya . Air hasil buatan aku sahaja yang aku tak kritik . Kebiasaannya . Aku pun melengkapkan ramuan aku sendiri . Dan terhasillah ramuan pujaan aku iaitu AIR MILO .
    Dalam susana sejuk baru lepas hujan , aku menghirup air pujaanku itu dengan perlahan . Maklumlah , air panas sesuai waktu hujan ni . Lalu aku termenung ke luar tingkap yang kelihatan pokok kelapa di belakang rumah . Aku terasa kesyahduan di waktu pagi di asrama lama aku . Dulu waktu subuh di hujung minggu di asrama memang berbeza di rumah . Jika kedengaran azan , aku akan bergegas ke surau untuk berjemaah . Pada aku , solat berjemaah lebih bersemangat . Sesudah solat subuh , jemaah biasanya akan menjamah sarapan di dewan makan . Ikut selera juga . Hening sangat suasana itu . Sesudah selesai menjamah sarapan , aku akan terus ke tingkat 1 untuk kejutkan kawan-kawan yang lain . Yang biasanya solat sendiri di waktu subuh . Yang bangun biasanya akan turun ke surau untuk melengkapakan solat subuhnya . Seronok sebenarnya kehidupan di asrama .
   "Bang ! " sergah tok wan . Melihat aku termenung bukanlah perkara yang akan dibiarkan oleh tok wan . Aku kalau dah ke dapur , memang suka berborak . Pada aku , berborak pon punca penambahan ilmu . Contohnya tok wan selalu nasihatkan aku untuk bersabar dengan dugaan . Tok wan kata Allah memberi dugaan kepada insan terpilih . Maka aku akan terus kuat dengan kata- kata tok wan yang akan ku pegang . Lalu aku menyambung minum petang ku itu dengan menjamah sekeping roti cecahan dek milo pujaan ku itu .
    Tidak semena-mena aku terpandang pinggan kosong di depan ku itu . Aku teringat saat aku dan kawan-kawan kelaparan selepas perhimpunan asrama . Biasanya akan berlaku pada setiap hari Ahad . Dengan kebosanan menunggu perhimpunan tamat sambil melayan perut yang asyik berbunyi . Perh , lepas perhimpunan rasa macam heaven . Kalau mata masih mengantuk , pasti akan sambung tidur di bilik masing-masing . Tapi bagi manusia-manusia yang tak pernah kenyang macam aku , warung mamak kat titiwangsa tu lah serbuannya . Kos makan pon murah . Standby dlm RM 3 . Makan je roti canai dengan air tea'o . Sudah memadai bukan ? Tapi keluar macam tu bukanlah satu tindakan yang boleh dikawal . Pengurus asrama masa itu memang berang kalau tertangkap sesiapa yang keluar sesuka hati . Sebab asrama kita orang dekat tepi jalan . Bahaya untuk melintas . Tapi kami tak lekang dengan sifat degil kami . Tetap pergi dengan senyap-senyap dan pelbagai cara juga tetap kami usahakan . Masa itulah untuk kami lepak-lepak , kutuk-kutuk , bincang nak gi outing . acah-acah anak orang kaya la kononnya .
    "Eeerrrkkkkk" sedawa ku berbunyi tanpa segan silunya . Aku hanya senyum memandang tok wan . Aku pun naik ke ruang tamu semula dengan kerusi roda tersayang . Dalam senyuman terukir , aku terfikir bahawa manusia boleh dibuang , tapi bukan kenangan . Terima kasih :)

Saturday, 22 August 2015

Dugaan

'Kemas la atas meja tu dulu . Nak jugak pergi amik surat khabar dulu ' tegas aku pada adik perempuan ku sorang ni . Tapi dia tetap nak amik surat khabar dahulu . Baiklah . Aku tewas dengan pujuk rayunya itu . Aku hanya perdiamkan diri . Lalu aku termenung . Kesian hanim . Dia adik perempuan yang rapat ngan arwah mama . Lagipun dia seprang yang manja . Memang selepas arwah mama kene sakit dulu , dia membesar dengan keadaan yang dia pon mungkin tak boleh terima . Mana tak nya , siang malam bermanja-manjaan dengan mama . Tiba-tiba kasihnya itu seolah dirampas . Budak manakan faham . Semenjak itu dia hilang tempat mengadunya . Walaupun dia rapat dengan ayah , tapi arwah mama masih tempat dia mengadu kasih . Tempat bercerita . Memang tak dinafikan , kami adik beradik memang akan cerita semua benda dekat arwah mama . Tapi aku dengan akak duduk asrama . Adik perempuan ni la yang teman arwah mama masak apa semua kan ? Memang kita tengok zahirnya benda tu semua simple . Tapi yang laluinya dia . Aku memang jenis baran sikit kalau ngan adik-adik . Jujur aku selalu marah dia ni . Dulu pon memang aku kuat betol gaduh dengan dia ni . Orang ramai kata anak kedua ngan ketiga ni kuat gaduh . Aq pon percaya jugak teori ni .
      Adik perempuan alu ni pon memang ada barannya . Tak dinafikan . Sebab tu aku selalu gaduh . Well baran tak boleh lawan baran . Kadang-kadang memang dia ni selalu buat hal . Tak nak pergi sekolah la , itu lah , ini lah . Tapi aku percaya Allah menduga insan yang terpilih . Kadang-kadang aq pon dah naik fade up dengan perangai dia . Tapi apa yang kita fikir mesti pasal diri kita je . Kalau kita fikir pasal dia , kita akan memahami . Haih hanim , kau pernah cakap ngan mama nak buka kedai kek . Bukalah anim , abang sentiasa sokong anim . Haishh . Aku ni memang penyegan orang nya . Tak reti nak minta maaf ngan adik beradik . Jadilah orang yang disukai ramai . Sayang anim .

Wednesday, 26 November 2014

Jangkaan tapat !

Asalamualaikum ! Dan selamat sejahtera ! Eah ! Jap2 . Okay dah . Btol la jangkaan ku selama ini , menerima tahun kehilangan ini . Semuanya bagai sekelip mata . Tahun ini bagai tak sempat merasa kenikmatannya ! Rasa sekejap sangat . Like before , faz selalu akan doakan mama untuk cepat sembuh . But since 30 september 2014 solat asar , doa faz akan berubah . Faz akan doakan agar mama tenang di sana . Semua bermula apabila aku sibuk di bilik orep seorang diri belajar untuk pt3 . nasib baik aku membawa telefon ke asrama . dalam sedang khusyuk membuat matematik , phone bervibrate . Akak incoming call . Aku menjawab dengan tenang . Mendengar suara akak , membuatkan aku kurng selesa . Aku terus tanya 'kenapa akak? ' . Dalam tangisan akak menjawab 'mama dah tak ada' . Astaghfirullah ! Namun hati masih bertahan . Aku masih kuat . Aku berlari turun ke bilik wardern . Namun wardern tiada . Aku call wardern . Dengan senang wardern angkat . Aku menceritakan yang aku perlukan kenderaan ke steasen bas . Wardern sudi menghantar . Aku terus ke bilik dan kemaskan barang . Dalam menuju ke bilik , aku call kak nana . Dalam tangisan aku call ! Dalam tangisan ! Bagai inginrebah saat itu . Baru aku tahu yang mama aku sudah tiada ! Sesudah call , aku terus ke bilik . Tangan ki beegetar ketika ingin membuka mangga . Kunci terjatuh ke lantai . Perasaan takit menyelubungi aku . Namun aku kuatkan semangat walaupon mengemas barang dalam tangisan . Aku tidak menceritakan apa-apa pon kat roomates aku ketika itu . Sesudah kemas barang , aku turun ke bilik usman . Aku salam tangan usman , dan aku peluk usman . Lalu aku terus turun ke tapak oerhimpunan untuk berjumpa cikgu hafiz . Namun cikgu masih belum sampai . Aku menu ggu dalam kesepian . Setibanya cikgu hafiz , aku terus naik kereta . Cikgu terus salam dan peluk aku . Takut sangat waktu itu ! Terima kasih cokgu hafiz . Lalu cokgu terus menghantar ku ke stesen bas bersepadu selatan . Namun akak call dan memberitahu bahawa akak tunggu di putrajaya . Okay ! Aku naik erl dan turun di putrajaya . Sesudah sampai , aku dan akak terus menaiki kereta yang disediakan kolej akak . Dalam perjalanan kami saling bersedihan . Sehingga kami smpai di kulai , sedara-mara tak henti-henti call . Kira-kira 500 meter dari kawasan rumah , persaan kami mula berdebar . Tangan akak digenggam erat oleh ku . Tak dapat ku bayangkan ketika kali pertama menjejakkan kaki di rumah tok ki , dengan keadaan begitu ramai . Saat faz dan akak sampai di sumah tok ki , semua melihat kami . Alhamdulillah , kami sampai dengan selamat pada jam 10 malam . Kami disambut oleh akak mama yang paling rapat dengan mama . Mama tahu siapa kan ? Kami disambut dan dipeluk untuk terus tabah dengan apa yang kami terima .  Pada saat tu , air mataku mula berair . Air mata baang mula berair mama . Air mata abg mula berair ! Abang dan akak melangkah ke dalam rumah dengan perlahan . Abang seolah mencari dimana mama . Rupanya mama dibaringkan di ruang tamu 2 . Ruang tamu untuk tetamu khas . Dan di situlah tempat kita selalu berjemaah kan mama ? Setelah lihat muka mama yang seolah-olah tersenyum . Dan seolah-olah sedang tidur seperti biasa , abang mencari wajah ayah . Tidak juga kelihatan . Abang terus melangkahkan kaki yang seberat batu ni kesebelah mama . Mama ingat tak siapa yang teman mama sampai abang and akak sampai ? Mama ingat tak siapa yg bacakan yaasin tak henti-henti sebelah mama . . Mama ingat tak semua tu ? Kak eta  dan tok mak yang setia dengan mama di sisi . Oh ya ! Kak nana pon ada saat tu . Kami akhirnya duduk di sisi mama . Akak cium mama dahulu . Abang menyusulinya . Semua adik beradik mama datang dan sempat tengok , kecuali pak long . Abang sulung mama . Tiba-tiba abang yang paling mama rapat sekali datang . Pak bain , en. Roslin . Cium mama dan cuba menutup mata mama . Tapi tak boleh . Akhirnya anak yang paling mama sayang , adik datang dan cium mama . Lalu mama tutup mata buat selama-lamanya . Lalu mama diusung keluar dari rumah dan dimasukkan ke dalam van jenazah . Kali pertama abang naik . Jujur ! Kali pertama abang naik ! Abang duduk di bahagian kaki mama . Abang tak berapa kuat ketika itu . Abang baca al-Fatihah tak henti-henti . Abang pegang air tahlil yang telahpon dibuat . Sampai di masjid , mama diusung ke dalam masjid dan diletakkan di bahagian depan sekali . Abang ambil air sembahyang . Lalu abang masuk . Masa tu abang pkai baju t-shirt . Abang tak sempat nak tukar baju . Lalu mama disembahyangkan . Selesai sembahyang , mama diusung ke tanah perkuburan . Adik pon usung mama sekali ketika itu . Dia ada di depan abang . Lalu mama di bawa ke satu tempat . Lubang telahpon digali . Mama pon diangkat dan dimasukkan ke dalam liang lahad tu . Dan itulah kali terakhir abang tgk tubuh mama . Setelah tanah dikambus , talkim dibacakan . Talkim dibacakan ! Talkim dibacakan ma ! Syahdu juga ketika itu . Selesai segalanya kami menyirami pusara mama dengan air tahlil . Kami tak letak bunga-bunga sebab ayah tak galakkan . Selssai menyirami , kami berjalan keluar dari tanah perkuburan . Kami berjalan bersama dalam dakapan ayah . Dalam dakapan ayah , ma ! Dalam dakapan ayah . Ayah dalam sedu sedan berkata 'ayah minta maaf sebab tak dapat jaga mama ' . Mama ! Abang tak tahan lagi . Air mata dah membasahi pipi dah . Namun dalam sedu sedan itu , abang bersuara perlahan sebagai semangat 'susah senang kita bersama ' . Sedih dan pilunya saat itu ma ! Haisshhh . Apalah nasib kami . Mama , abang cuma nak mama tahu , abang sayang mama sangat2 ! Tak kiralah apa yang menandingi abang !  

Sunday, 1 June 2014

Tahun kehilangan

Assalamualaikum w.b.t. Dan selamat sejahtera .( Ale2..ale2.. Ayuh tok gajahku .) syahdu btol video tu . Hurm ..kali ni faz nak tulis tentang tahun 2014 . Atau digelarkan bagi faz  tahun kehilangan . Mungkin pembaca2 sekalian memikirkan , apa yang dah kena dekat faz ni kan ? Entahlah . First of all , faz rasa nak update blog ni bila faz dengar video tuh . Faz rasa rindu sangat kehidupan kat kuantan , pahang . Masa dulu faz duduk kat kuantan , faz rasa tenang . Kawan2 kat sana baik2 belaka . Rindu mereka . Rindu jiran2 walau tak rapat . Rindu family day yg enjoy . Macam2 . Kalau dulu mama selalu gi kelas erobik . Tapi sekarang duduk johor dah tak dah . Mama pernah cakap , yang mama rindukan kuantan . Mama cakap jiwa mama masih kat kuantan . Kan ma? Andai mama tengah baca blog post abang kali ni . Mama mesti akuinya kan ma? Faz tak mampu sangat nak luahkan depan2 . So faz hanya tulis kat blog . Kalau kat kuantan , balik asrama je baru 3 jam . Tapi sekarang lagi lama . Penatlah . Kalau dulu , boleh dikatakan hampir setiap 2 minggu faz balik . Tapi sekarang tak boleh dah . Faz pon penat juga . Beza keadaan johor dan kuantan ? Rumah kat johor tak da pantai . Ramai juga yang tanya faz kenapa pindah . Espicially kawan2 faz kat asrama . Faz cakap ayah dapat kerja kat sini . Dulu memang faz exited gila nak pindah johor . Tapi bila kenangkan kenangan faz dengan family , kawan2 faz kat kuantan tu . Rasa berat hati nak tinggalkan kuantan . Yela , dekat kuantan senang nak cari barang dengan harga yang lebih berpatutan . Tapi kat sini? Hurmm.. Kehilangan lagi? Pasal kebahagian faz dengan family faz . Semua makin berkurang kot selepas mama dapat sakit . Ye la . Mama dah x dapat pergi jalan jauh2 dah . Tapi , lepas mama sakit . Walaupon faz tak dapat melancong sana sini . Faz belajar untuk menghargai . Faz belajar untuk mengasihi . Faz belajar untuk menyayangi . Abang sentiasa berusaha untuk buat keluarga ni cerria ma . Faz diteruskan lagi kehidupan dengan kehilangannarwah atok faz . Faz sayang sangat arwah . Andai arwah dapat baca blog abang sekarang niyh . Abang nak mintak maaf andai abang ada buat salah .abang ingat lagi abang ada tertengking arwah . Abang mintak maaf sangat2 kat arwah . Arwah banyak bagi pedoman kat abang . Walaupon arwah banyak pantang laramg orang tua kan? Semalam baru je lepas tahlil 44 hari arwah tinggalkan kami semua . Masa minggu pertama arwah meninggal , abang tak lepas baca yaasin untuk arwah  abang memang sedih . Dulu sebelum arwah meninggal , abang selalu tanya kawan2 tak balik kampung ke tengok atuk ? Dieorang kata atok dieorang dah meninggal . Faz cakap dengan penuh bangga , faz ada atok lagi . Belah ayah ngan belah mama lagi . Tapi sekarang ? Faz dah kehilangan seorang . Tinggal seorang je atok faz . Abang masih ingat lahi waktu exam pertengahan tahun baru2 niyh . Abang termimpikan arwah . Arwah masa tu dalam gambar . Arwah masa tu memang dah tak ada . Tapi tiba2 nampak dalam gambar yang dalam wallet akak . Then abangbtanya akak , boleh tak abang ambil gambar tu . Gamba tu ada gambar arwah , tok mak . Arwah tengah berseli,ut masa tu . Tok mak duduk kat sebelah . Bila abang tenung gambar tu lama2. Mata arwah ngan mata tok mak makin kemerahan . Lepas abang tanya akak pasal gambar tu . Bila abang tengok balik gambar tu . Dah kosong ! Abang tanya kak nana . Kak nana kata memang . Kak nana pon persan . Tapi dalam mimpi tu hanya lima minit je  faz sedih sangat . Faz terdiam . Masa exam tu faz takmmakan . Faz asyik teringatkan arwah . Fz hanya mampu terdiam . Faz rasa cukuplah sampai sini cerita faz . Assalamualaikum