Wednesday, 26 November 2014
Jangkaan tapat !
Asalamualaikum ! Dan selamat sejahtera ! Eah ! Jap2 . Okay dah . Btol la jangkaan ku selama ini , menerima tahun kehilangan ini . Semuanya bagai sekelip mata . Tahun ini bagai tak sempat merasa kenikmatannya ! Rasa sekejap sangat . Like before , faz selalu akan doakan mama untuk cepat sembuh . But since 30 september 2014 solat asar , doa faz akan berubah . Faz akan doakan agar mama tenang di sana . Semua bermula apabila aku sibuk di bilik orep seorang diri belajar untuk pt3 . nasib baik aku membawa telefon ke asrama . dalam sedang khusyuk membuat matematik , phone bervibrate . Akak incoming call . Aku menjawab dengan tenang . Mendengar suara akak , membuatkan aku kurng selesa . Aku terus tanya 'kenapa akak? ' . Dalam tangisan akak menjawab 'mama dah tak ada' . Astaghfirullah ! Namun hati masih bertahan . Aku masih kuat . Aku berlari turun ke bilik wardern . Namun wardern tiada . Aku call wardern . Dengan senang wardern angkat . Aku menceritakan yang aku perlukan kenderaan ke steasen bas . Wardern sudi menghantar . Aku terus ke bilik dan kemaskan barang . Dalam menuju ke bilik , aku call kak nana . Dalam tangisan aku call ! Dalam tangisan ! Bagai inginrebah saat itu . Baru aku tahu yang mama aku sudah tiada ! Sesudah call , aku terus ke bilik . Tangan ki beegetar ketika ingin membuka mangga . Kunci terjatuh ke lantai . Perasaan takit menyelubungi aku . Namun aku kuatkan semangat walaupon mengemas barang dalam tangisan . Aku tidak menceritakan apa-apa pon kat roomates aku ketika itu . Sesudah kemas barang , aku turun ke bilik usman . Aku salam tangan usman , dan aku peluk usman . Lalu aku terus turun ke tapak oerhimpunan untuk berjumpa cikgu hafiz . Namun cikgu masih belum sampai . Aku menu ggu dalam kesepian . Setibanya cikgu hafiz , aku terus naik kereta . Cikgu terus salam dan peluk aku . Takut sangat waktu itu ! Terima kasih cokgu hafiz . Lalu cokgu terus menghantar ku ke stesen bas bersepadu selatan . Namun akak call dan memberitahu bahawa akak tunggu di putrajaya . Okay ! Aku naik erl dan turun di putrajaya . Sesudah sampai , aku dan akak terus menaiki kereta yang disediakan kolej akak . Dalam perjalanan kami saling bersedihan . Sehingga kami smpai di kulai , sedara-mara tak henti-henti call . Kira-kira 500 meter dari kawasan rumah , persaan kami mula berdebar . Tangan akak digenggam erat oleh ku . Tak dapat ku bayangkan ketika kali pertama menjejakkan kaki di rumah tok ki , dengan keadaan begitu ramai . Saat faz dan akak sampai di sumah tok ki , semua melihat kami . Alhamdulillah , kami sampai dengan selamat pada jam 10 malam . Kami disambut oleh akak mama yang paling rapat dengan mama . Mama tahu siapa kan ? Kami disambut dan dipeluk untuk terus tabah dengan apa yang kami terima . Pada saat tu , air mataku mula berair . Air mata baang mula berair mama . Air mata abg mula berair ! Abang dan akak melangkah ke dalam rumah dengan perlahan . Abang seolah mencari dimana mama . Rupanya mama dibaringkan di ruang tamu 2 . Ruang tamu untuk tetamu khas . Dan di situlah tempat kita selalu berjemaah kan mama ? Setelah lihat muka mama yang seolah-olah tersenyum . Dan seolah-olah sedang tidur seperti biasa , abang mencari wajah ayah . Tidak juga kelihatan . Abang terus melangkahkan kaki yang seberat batu ni kesebelah mama . Mama ingat tak siapa yang teman mama sampai abang and akak sampai ? Mama ingat tak siapa yg bacakan yaasin tak henti-henti sebelah mama . . Mama ingat tak semua tu ? Kak eta dan tok mak yang setia dengan mama di sisi . Oh ya ! Kak nana pon ada saat tu . Kami akhirnya duduk di sisi mama . Akak cium mama dahulu . Abang menyusulinya . Semua adik beradik mama datang dan sempat tengok , kecuali pak long . Abang sulung mama . Tiba-tiba abang yang paling mama rapat sekali datang . Pak bain , en. Roslin . Cium mama dan cuba menutup mata mama . Tapi tak boleh . Akhirnya anak yang paling mama sayang , adik datang dan cium mama . Lalu mama tutup mata buat selama-lamanya . Lalu mama diusung keluar dari rumah dan dimasukkan ke dalam van jenazah . Kali pertama abang naik . Jujur ! Kali pertama abang naik ! Abang duduk di bahagian kaki mama . Abang tak berapa kuat ketika itu . Abang baca al-Fatihah tak henti-henti . Abang pegang air tahlil yang telahpon dibuat . Sampai di masjid , mama diusung ke dalam masjid dan diletakkan di bahagian depan sekali . Abang ambil air sembahyang . Lalu abang masuk . Masa tu abang pkai baju t-shirt . Abang tak sempat nak tukar baju . Lalu mama disembahyangkan . Selesai sembahyang , mama diusung ke tanah perkuburan . Adik pon usung mama sekali ketika itu . Dia ada di depan abang . Lalu mama di bawa ke satu tempat . Lubang telahpon digali . Mama pon diangkat dan dimasukkan ke dalam liang lahad tu . Dan itulah kali terakhir abang tgk tubuh mama . Setelah tanah dikambus , talkim dibacakan . Talkim dibacakan ! Talkim dibacakan ma ! Syahdu juga ketika itu . Selesai segalanya kami menyirami pusara mama dengan air tahlil . Kami tak letak bunga-bunga sebab ayah tak galakkan . Selssai menyirami , kami berjalan keluar dari tanah perkuburan . Kami berjalan bersama dalam dakapan ayah . Dalam dakapan ayah , ma ! Dalam dakapan ayah . Ayah dalam sedu sedan berkata 'ayah minta maaf sebab tak dapat jaga mama ' . Mama ! Abang tak tahan lagi . Air mata dah membasahi pipi dah . Namun dalam sedu sedan itu , abang bersuara perlahan sebagai semangat 'susah senang kita bersama ' . Sedih dan pilunya saat itu ma ! Haisshhh . Apalah nasib kami . Mama , abang cuma nak mama tahu , abang sayang mama sangat2 ! Tak kiralah apa yang menandingi abang !