Saturday, 22 August 2015

Dugaan

'Kemas la atas meja tu dulu . Nak jugak pergi amik surat khabar dulu ' tegas aku pada adik perempuan ku sorang ni . Tapi dia tetap nak amik surat khabar dahulu . Baiklah . Aku tewas dengan pujuk rayunya itu . Aku hanya perdiamkan diri . Lalu aku termenung . Kesian hanim . Dia adik perempuan yang rapat ngan arwah mama . Lagipun dia seprang yang manja . Memang selepas arwah mama kene sakit dulu , dia membesar dengan keadaan yang dia pon mungkin tak boleh terima . Mana tak nya , siang malam bermanja-manjaan dengan mama . Tiba-tiba kasihnya itu seolah dirampas . Budak manakan faham . Semenjak itu dia hilang tempat mengadunya . Walaupun dia rapat dengan ayah , tapi arwah mama masih tempat dia mengadu kasih . Tempat bercerita . Memang tak dinafikan , kami adik beradik memang akan cerita semua benda dekat arwah mama . Tapi aku dengan akak duduk asrama . Adik perempuan ni la yang teman arwah mama masak apa semua kan ? Memang kita tengok zahirnya benda tu semua simple . Tapi yang laluinya dia . Aku memang jenis baran sikit kalau ngan adik-adik . Jujur aku selalu marah dia ni . Dulu pon memang aku kuat betol gaduh dengan dia ni . Orang ramai kata anak kedua ngan ketiga ni kuat gaduh . Aq pon percaya jugak teori ni .
      Adik perempuan alu ni pon memang ada barannya . Tak dinafikan . Sebab tu aku selalu gaduh . Well baran tak boleh lawan baran . Kadang-kadang memang dia ni selalu buat hal . Tak nak pergi sekolah la , itu lah , ini lah . Tapi aku percaya Allah menduga insan yang terpilih . Kadang-kadang aq pon dah naik fade up dengan perangai dia . Tapi apa yang kita fikir mesti pasal diri kita je . Kalau kita fikir pasal dia , kita akan memahami . Haih hanim , kau pernah cakap ngan mama nak buka kedai kek . Bukalah anim , abang sentiasa sokong anim . Haishh . Aku ni memang penyegan orang nya . Tak reti nak minta maaf ngan adik beradik . Jadilah orang yang disukai ramai . Sayang anim .