Tuesday, 15 September 2015

BIARKAN ANGIN BERTIUP

" Mak , apabenda yang berasap tu ? Mak masak kuih ea ? " soalku sambil mengejutkan tok wan di dapur .Sedang itu aku turun ke dapur dengan kerusi roda kesayangan ku . Aku dengan lagaknya terus ke tempat buat air . " Nak buat air ke bang ? ' soal bak dengan tiba-tiba . aku menganggukkan kepala tanda setuju . Lantas Bak terus mengambil cawan dan sudu dan terus memberikan kepada aku . Aku masih punyai kudrat tangan yang masih mampu mebuat air . Biasalah , aku ni banyak songeh nya . Air hasil buatan aku sahaja yang aku tak kritik . Kebiasaannya . Aku pun melengkapkan ramuan aku sendiri . Dan terhasillah ramuan pujaan aku iaitu AIR MILO .
    Dalam susana sejuk baru lepas hujan , aku menghirup air pujaanku itu dengan perlahan . Maklumlah , air panas sesuai waktu hujan ni . Lalu aku termenung ke luar tingkap yang kelihatan pokok kelapa di belakang rumah . Aku terasa kesyahduan di waktu pagi di asrama lama aku . Dulu waktu subuh di hujung minggu di asrama memang berbeza di rumah . Jika kedengaran azan , aku akan bergegas ke surau untuk berjemaah . Pada aku , solat berjemaah lebih bersemangat . Sesudah solat subuh , jemaah biasanya akan menjamah sarapan di dewan makan . Ikut selera juga . Hening sangat suasana itu . Sesudah selesai menjamah sarapan , aku akan terus ke tingkat 1 untuk kejutkan kawan-kawan yang lain . Yang biasanya solat sendiri di waktu subuh . Yang bangun biasanya akan turun ke surau untuk melengkapakan solat subuhnya . Seronok sebenarnya kehidupan di asrama .
   "Bang ! " sergah tok wan . Melihat aku termenung bukanlah perkara yang akan dibiarkan oleh tok wan . Aku kalau dah ke dapur , memang suka berborak . Pada aku , berborak pon punca penambahan ilmu . Contohnya tok wan selalu nasihatkan aku untuk bersabar dengan dugaan . Tok wan kata Allah memberi dugaan kepada insan terpilih . Maka aku akan terus kuat dengan kata- kata tok wan yang akan ku pegang . Lalu aku menyambung minum petang ku itu dengan menjamah sekeping roti cecahan dek milo pujaan ku itu .
    Tidak semena-mena aku terpandang pinggan kosong di depan ku itu . Aku teringat saat aku dan kawan-kawan kelaparan selepas perhimpunan asrama . Biasanya akan berlaku pada setiap hari Ahad . Dengan kebosanan menunggu perhimpunan tamat sambil melayan perut yang asyik berbunyi . Perh , lepas perhimpunan rasa macam heaven . Kalau mata masih mengantuk , pasti akan sambung tidur di bilik masing-masing . Tapi bagi manusia-manusia yang tak pernah kenyang macam aku , warung mamak kat titiwangsa tu lah serbuannya . Kos makan pon murah . Standby dlm RM 3 . Makan je roti canai dengan air tea'o . Sudah memadai bukan ? Tapi keluar macam tu bukanlah satu tindakan yang boleh dikawal . Pengurus asrama masa itu memang berang kalau tertangkap sesiapa yang keluar sesuka hati . Sebab asrama kita orang dekat tepi jalan . Bahaya untuk melintas . Tapi kami tak lekang dengan sifat degil kami . Tetap pergi dengan senyap-senyap dan pelbagai cara juga tetap kami usahakan . Masa itulah untuk kami lepak-lepak , kutuk-kutuk , bincang nak gi outing . acah-acah anak orang kaya la kononnya .
    "Eeerrrkkkkk" sedawa ku berbunyi tanpa segan silunya . Aku hanya senyum memandang tok wan . Aku pun naik ke ruang tamu semula dengan kerusi roda tersayang . Dalam senyuman terukir , aku terfikir bahawa manusia boleh dibuang , tapi bukan kenangan . Terima kasih :)